Sunday, 2 February 2020

QUIZIZZ : Uji Minda 1.0


Dup dap dup dap dup dap! Akhirnya tiba juga masa yang mendebarkan. Jom uji kefahaman para pelajar dengan menggunakan QUIZIZZ. Setiap pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan mentor-mentee masing-masing dan on sebuah komputer. Sebelum memulakan Quizizz pada hari ini, setiap kumpulan dikehendaki mengikut arahan yang diberikan oleh guru. 

1. Taip : https://quizizz.com/
2. Klik : join a game
3. Masukkan enam digit kod permainan (sebagaimana yang diberikan oleh guru)
4. Klik : join
5. Masukkan nama pemain
6. Klik : start game
7. Tunggu semua pemain berjaya join game tersebut
8. Guru akan klik start game pada main computer
9. Permainan bermula
10. Laporan juga disediakan. Senang bagi guru menilai tahap kefahaman pelajar. Laporan ini juga boleh dikongsi kepada ibubapa pelajar.


Tahniah diucapkan kepada Afiq Danial kerana berjaya menjadi johan dalam kuiz kali ini. Penilaian dibuat berdasarkan kepantasan dan ketepatan dalam menjawab soalan-soalan tersebut.



Salah satu cara pembelajaran abad ke 21 adalah dengan menggunakan media interaktif secara berkesan dalam sesi pembelajaran murid. Peranan guru sebagai fasilitator boleh dimaksimumkan dengan memfokuskan pembelajaran berpusatkan murid melalui penggunaan kuiz interaktif secara online. Melalui kuiz ini, guru dapat menjana kuiz mengikut topik yang diajar. Guru juga boleh menggunakan kuiz tersedia yang telah dijana oleh guru-guru lain.

Aplikasi ini sangat mudah digunakan malah ianya juga mesra telefon pintar. Namun, pelajar di sekolah saya tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon pintar di sekolah. Jadi, saya telah membawa pelajar masuk ke makmal komputer. Paling menarik, kuiz ini juga boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja dengan syarat mereka mempunyai kod permainan. Bagaimana pelajar boleh mendapatkan kod permainan tersebut? Dengan membina soalan kuiz, guru akan diberikan kod permainan untuk dikongsi bersama-sama pelajar mahupun orang awam yang lain.

Bagaimana nak bina soalan Quizizz ini? Jangan bimbang, saya akan kongsikan cara-cara untuk membina Quizizz ini dengan mudah dan cepat.

1. Taip : https://quizizz.com/ 
2. Klik pada sign up, daftarkan diri anda terlebih dahulu
3. Klik pada create your own quiz
4. Masukkan gambar ikon kuiz yang anda kehendaki, namakan kuiz anda serta setkan subjek. Setkan kepada public supaya lebih ramai orang boleh cuba menjawab soalan yang anda sediakan
5. Mulakan dengan menulis soalan yang dikehendaki. Gambar juga boleh dimasukkan.

(Sekiranya anda kesuntukan masa untuk menaip soalan, anda boleh cuba kaedah ini. Cari jenis kuiz yang dikehendaki. Contohnya adalah Grammar - Pronouns. Taip kata kunci tersebut di ruangan yang disediakan dan klik butang go. Sekarang, anda bolehlah memilih soalan-soalan yang sesuai dengan tajuk yang ingin diuji. Anda juga boleh mengubahsuai soalan atau jawapan mengikut citarasa anda.)

6. Selesai menyediakan soalan, masukkan grade range, subject dan topic
7. Klik butang finish and create quiz
8. Kongsikan kuiz yang telah dibina di media sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya


Hah! Mudahkan. 

Sekiranya anda memilih untuk menjadikan kuiz ini sebagai kerja rumah, anda boleh kongsikan kod permainan kepada para pelajar. Anda juga boleh menetapkan masa mula dan tamat kuiz ini. Contohnya 26 Januari 2020, 8.00 pagi sehingga 27 Januari 2020, 5.00 petang. Selepas tempo0h tersebut, para pelajar tidak boleh menggunakan lagi kod yang telah diberikan. 

Semoga bermanfaat kepada para guru! Para pelajar juga dapat belajar tanpa tekanan, seronok dan saling bersaing antara sesama pelajar.   

No comments:

Post a Comment