Sunday, 9 February 2020

SCREENCAST O MATIC : Buka Minda 3.0

Penatnya hari ini! Empat kelas hari ini, mengajar topik yang sama. Asyik bercakap benda yang sama sahaja.
Laaa. Kenapa tak cakap dari awal? Saya ada penyelesaiannya. JOM!


SCREENCAST O MATIC adalah sebuah aplikasi berdasarkan Java yang digunakan untuk membuat screencasts pada sistem operasiWindows, Mac, dan Linux. Pada asalnya, video ini dikenali sebagai Demonstrasi Perisian Animasi yang dibangunkan pada awal tahun 1990 an. Ia memaparkan sebahagian atau keseluruhan tangkapan paparan skrin komputer, di mana narasi atau rakaman suara boleh disertakan bagi menerangkan aktiviti pada paparan skrin tersebut. Aplikasi ini juga dapat menambahkan keterangan atau komentar dengan mudah. 

Cara menggunakan apikasi ini adalah :

1. Install dan buka software Screencast O Matic
2. Untuk merakam, klik record
3. Klik done apabila selesai rakaman dibuat
4. Untuk melihat hasil rakaman, klik play dan simpan menggunakan cara -

publish to SOM : menyimpan file di web SOM, di mana hasilnya akan dilihat oleh penguna internet
publish to youtube : menyimpan file di youtube
publish to video file : menyimpan pada media penyimpanan lokal seperti: hardisk dan flashdisk


Guru tidak perlu lagi mengulang topik yang sama untuk empat kelas yang diajar. 
Pendidik menggunakan screencasts untuk merakam ceramah pembelajaran, demonstrasi praktikal, orientasi untuk kelas online, bercerita secara digital dan lain sebagainya.

!SIAP UNTUK DITAYANGKAN!


Sebenarnya, SCREENCAST O MATIC ini adalah merupakan salah satu tugasan berkumpulan bagi subjek Technology In Education, Diploma Of Education saya bersama kumpulan saya. Kami telah berjaya menghasilkan sebuah video pendek yang telah dimuatnaikkan ke youtube yang bertajuk “Mari Belajar Anggota Badan Menggunakan Bahasa Arab”. 

JOM TONTON!

Kami mulakan tugasan ini dengan menaip perkataan anggota-anggota badan dalam Bahasa Arab menggunakan powerpoint. Proses ini mengambil masa yang agak lama kerana kami perlu menaip satu demi satu tulisan jawi beserta barisnya, lebih-lebih lagi kami sebagai bukan guru Pendidikan Islam atau guru Bahasa Arab yang tidak pernah menggunakan keyboard jawi dalam laptop. Kami memasukkan gambar-gambar anggota badan bagi menggambarkannya dengan lebih jelas. Selepas itu, kami telah merakam sebutan-sebutan Bahasa Arab dan memasukkan rakaman tersebut dalam powepoint. Proses screen casting bermula dan dimasukkan juga video nyanyian lagu Bahasa Arab bagi menjadikannya lebih menarik. Akhirnya, kami berjaya memuatnaik video yang dihasilkan ke youtube dan mendapat komen yang positif dan daripada penonton. 

Penggunaan screencast ini memberikan banyak manfaat :

1. Proses pembelajaran dapat disampaikan secara kendiri, menarik dan mudah difahami. Ia boleh dilakukan mengikut gaya dan tahap kelajuan pembelajaran pelajar tanpa perlu bergantung kepada masa yang diberikan semasa sesi perkuliahan. 

2. Aplikasi ini merangkumi dua kaedah yang sangat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran iaitu audio dan visual. Pelajar dapat melihat ejaan dan sebutan yang betul bagi perkataan-perkataan tersebut.

3. Memudahkan proses pengajaran guru kerana tidak perlu mengulang topik yang sama bagi kelas yang berlainan. Guru hanya menayangkan video ini untuk didengari dan difahami oleh pelajar. Tiada proses pelaksanaan yang tertinggal kerana screencast dapat memaparkan keseluruhan proses pelaksanaan dari mula hingga akhir. Kemudian, proses soal jawab dan pentaksiran boleh terus dijalankan kepada pelajar. Dengan ini, masa juga dapat dijimatkan.

Penayangan SCREENCAST di dalam kelas saya yang lepas

Penggunaan persembahan ini dilihat mampu memberikan impak yang optimum dalam memberikan kefahaman kepada para pelajar. 

Semoga dapat memudahkan kalian semua!

SOCRATIVE : Uji Minda 2.0

Hai! Bertemu kembali lagi. 


Jangan pandang kanan, jangan pandang kiri! Hari ini kita akan buat satu lagi ujian minda iaitu SOCRATIVE. Mohon bersedia semua! Dalam kiraan 3 - 2 - 1 ... MULA!


Bagi memulakan kuiz ini, para pelajar telah diminta untuk :

2. Klik login - student login
3. Masukkan room name (sebagaimana yang dimaklumkan oleh guru)
4. Masukkan nama pemain
5. Permainan bermula
6. Laporan juga disediakan pada akhir kuiz 

Sokratif adalah satu sistem respon pintar untuk pelajar. Ia memperkasakan pelajar untuk memberi perhatian terhadap pelajaran serta boleh menilai pelajar melalui aktiviti pendidikan pada tablet, komputer riba dan telefon pintar. 

Sekejap! 
Sebelum itu, saya ingin berkongsi cara membuat kuiz online menggunakan SOCRATIVE ini.

2. Klik teacher login

(Jika anda belum memiliki akaun socrative, klik get account dan isi maklumat-maklumat yang diperlukan. Anda dikehendaki memilih FREE atau PRO. FREE bererti anda dapat menggunakan socrative tanpa dikenakan bayaran. Sedangkan PRO bererti anda dapat menggunakan socrative dengan berbayar dan dapat menggunakan pelbagai kemudahan lain lagi)

3. Klik quizzes untuk memulakan membuat kuiz. Terdapat tiga jenis bentuk soalan yang boleh dibuat iaitu multiple answer, true or false dan short answer. 

4. Selepas selesai membuat soalan, klik save & exit

Untuk memberikan kuiz tersebut kepada pelajar, guru mestilah :

klik launch - pilih kuiz - klik next - pilih delivery method dan setting - klik start!

Guru juga boleh memuaturun kuiz ini dalam bentuk pdf untuk kegunaan secara bertulis. 

! DONE !


Kebaikan yang boleh dimanfaatkan oleh guru mahupun pelajar :

1. Aplikasi yang mudah untuk diakses tanpa kekangan masa serta boleh berkongsi kuiz yang dibina. Aplikasi ini boleh diakses oleh semua orang yang membuka laman sesawang socrative.com. Mereka hanya perlu memasukkan nama kuiz yang ingin dicari. 

2. Kemudahcapaian aplikasi ini sama ada melalui komputer, tablet, ipad atau telefon bimbit dapat menggalakkan murid-murid menggunakan gadjet ini dengan lebih bermanfaat. Keadaan ini menunjukkan bahawa bahan bantu mengajar mestilah berperanan dengan baik dan dapat digunakan dengan maksimum serta tidak terikat dengan buku teks. 

3. Guru dan pelajar dapat mengetahui markah yang diperolehi daripada kuiz yang dijalankan. Dengan ini, guru dapat merumuskan tahap pemahaman pelajar terhadap sesebuah topik tersebut dan seterusnya dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi pembelajaran


4. Suasana dayasaing dapat diwujudkan kerana setiap pelajar saling bersaing untuk mendapatkan markah yang tinggi kerana keseluruhan markah bagi setiap pelajar akan dipaparkan di hadapan kelas pada akhir kuiz

5. Aplikasi ini memudahkan pelajar untuk menguasai sesuatu soalan kerana terdapat explanation pada setiap soalan multiple answer

6. Aplikasi ini dapat menjimatkan kos. Hal ini kerana penggunaan kertas secara minima dapat diaplikasikan. Guru tidak perlu membuat salinan soalan kepada setiap pelajar. 

7. Suasana pengajaran yang menarik dan pembelajaran yang kondusif serta menyeronokkan amat perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran memandangkan pelajar zaman sekarang lebih dekat dengan teknologi. 


Kesimpulannya, aplikasi ini kerana ianya sangat menarik dan mudah untuk digunakan. Kesediaan guru-guru menggunakan aplikasi sokratif dapat membantu pihak guru untuk meningkatkan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam kelas agar seiring dengan transformasi dalam pendidikan.

Selamat mencuba!

Sunday, 2 February 2020

QUIZIZZ : Uji Minda 1.0


Dup dap dup dap dup dap! Akhirnya tiba juga masa yang mendebarkan. Jom uji kefahaman para pelajar dengan menggunakan QUIZIZZ. Setiap pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan mentor-mentee masing-masing dan on sebuah komputer. Sebelum memulakan Quizizz pada hari ini, setiap kumpulan dikehendaki mengikut arahan yang diberikan oleh guru. 

1. Taip : https://quizizz.com/
2. Klik : join a game
3. Masukkan enam digit kod permainan (sebagaimana yang diberikan oleh guru)
4. Klik : join
5. Masukkan nama pemain
6. Klik : start game
7. Tunggu semua pemain berjaya join game tersebut
8. Guru akan klik start game pada main computer
9. Permainan bermula
10. Laporan juga disediakan. Senang bagi guru menilai tahap kefahaman pelajar. Laporan ini juga boleh dikongsi kepada ibubapa pelajar.


Tahniah diucapkan kepada Afiq Danial kerana berjaya menjadi johan dalam kuiz kali ini. Penilaian dibuat berdasarkan kepantasan dan ketepatan dalam menjawab soalan-soalan tersebut.



Salah satu cara pembelajaran abad ke 21 adalah dengan menggunakan media interaktif secara berkesan dalam sesi pembelajaran murid. Peranan guru sebagai fasilitator boleh dimaksimumkan dengan memfokuskan pembelajaran berpusatkan murid melalui penggunaan kuiz interaktif secara online. Melalui kuiz ini, guru dapat menjana kuiz mengikut topik yang diajar. Guru juga boleh menggunakan kuiz tersedia yang telah dijana oleh guru-guru lain.

Aplikasi ini sangat mudah digunakan malah ianya juga mesra telefon pintar. Namun, pelajar di sekolah saya tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon pintar di sekolah. Jadi, saya telah membawa pelajar masuk ke makmal komputer. Paling menarik, kuiz ini juga boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja dengan syarat mereka mempunyai kod permainan. Bagaimana pelajar boleh mendapatkan kod permainan tersebut? Dengan membina soalan kuiz, guru akan diberikan kod permainan untuk dikongsi bersama-sama pelajar mahupun orang awam yang lain.

Bagaimana nak bina soalan Quizizz ini? Jangan bimbang, saya akan kongsikan cara-cara untuk membina Quizizz ini dengan mudah dan cepat.

1. Taip : https://quizizz.com/ 
2. Klik pada sign up, daftarkan diri anda terlebih dahulu
3. Klik pada create your own quiz
4. Masukkan gambar ikon kuiz yang anda kehendaki, namakan kuiz anda serta setkan subjek. Setkan kepada public supaya lebih ramai orang boleh cuba menjawab soalan yang anda sediakan
5. Mulakan dengan menulis soalan yang dikehendaki. Gambar juga boleh dimasukkan.

(Sekiranya anda kesuntukan masa untuk menaip soalan, anda boleh cuba kaedah ini. Cari jenis kuiz yang dikehendaki. Contohnya adalah Grammar - Pronouns. Taip kata kunci tersebut di ruangan yang disediakan dan klik butang go. Sekarang, anda bolehlah memilih soalan-soalan yang sesuai dengan tajuk yang ingin diuji. Anda juga boleh mengubahsuai soalan atau jawapan mengikut citarasa anda.)

6. Selesai menyediakan soalan, masukkan grade range, subject dan topic
7. Klik butang finish and create quiz
8. Kongsikan kuiz yang telah dibina di media sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya


Hah! Mudahkan. 

Sekiranya anda memilih untuk menjadikan kuiz ini sebagai kerja rumah, anda boleh kongsikan kod permainan kepada para pelajar. Anda juga boleh menetapkan masa mula dan tamat kuiz ini. Contohnya 26 Januari 2020, 8.00 pagi sehingga 27 Januari 2020, 5.00 petang. Selepas tempo0h tersebut, para pelajar tidak boleh menggunakan lagi kod yang telah diberikan. 

Semoga bermanfaat kepada para guru! Para pelajar juga dapat belajar tanpa tekanan, seronok dan saling bersaing antara sesama pelajar.   

Jom Kongsi!

Alhamdulillah. Pada PdP yang seterusnya, pelajar mula membentangkan hasil dapatan yang telah diperolehi. Para pelajar khusyuk mendengar perkongsian yang dibuat. Dengar dan fahami betul-betul ye. Ada ujian menanti anak-anak pelajar selepas ini. Good Luck!