Penatnya hari ini! Empat kelas hari ini, mengajar topik yang sama. Asyik bercakap benda yang sama sahaja.
Laaa. Kenapa tak cakap dari awal? Saya ada penyelesaiannya. JOM!
SCREENCAST O MATIC adalah sebuah aplikasi berdasarkan Java yang digunakan untuk membuat screencasts pada sistem operasiWindows, Mac, dan Linux. Pada asalnya, video ini dikenali sebagai Demonstrasi Perisian Animasi yang dibangunkan pada awal tahun 1990 an. Ia memaparkan sebahagian atau keseluruhan tangkapan paparan skrin komputer, di mana narasi atau rakaman suara boleh disertakan bagi menerangkan aktiviti pada paparan skrin tersebut. Aplikasi ini juga dapat menambahkan keterangan atau komentar dengan mudah.
Cara menggunakan apikasi ini adalah :
2. Untuk merakam, klik record
3. Klik done apabila selesai rakaman dibuat
4. Untuk melihat hasil rakaman, klik play dan simpan menggunakan cara -
publish to SOM : menyimpan file di web SOM, di mana hasilnya akan dilihat oleh penguna internet
publish to youtube : menyimpan file di youtube
publish to video file : menyimpan pada media penyimpanan lokal seperti: hardisk dan flashdisk
Guru tidak perlu lagi mengulang topik yang sama untuk empat kelas yang diajar.
Pendidik menggunakan screencasts untuk merakam ceramah pembelajaran, demonstrasi praktikal, orientasi untuk kelas online, bercerita secara digital dan lain sebagainya.
!SIAP UNTUK DITAYANGKAN!
Sebenarnya, SCREENCAST O MATIC ini adalah merupakan salah satu tugasan berkumpulan bagi subjek Technology In Education, Diploma Of Education saya bersama kumpulan saya. Kami telah berjaya menghasilkan sebuah video pendek yang telah dimuatnaikkan ke youtube yang bertajuk “Mari Belajar Anggota Badan Menggunakan Bahasa Arab”.
JOM TONTON!
Kami mulakan tugasan ini dengan menaip perkataan anggota-anggota badan dalam Bahasa Arab menggunakan powerpoint. Proses ini mengambil masa yang agak lama kerana kami perlu menaip satu demi satu tulisan jawi beserta barisnya, lebih-lebih lagi kami sebagai bukan guru Pendidikan Islam atau guru Bahasa Arab yang tidak pernah menggunakan keyboard jawi dalam laptop. Kami memasukkan gambar-gambar anggota badan bagi menggambarkannya dengan lebih jelas. Selepas itu, kami telah merakam sebutan-sebutan Bahasa Arab dan memasukkan rakaman tersebut dalam powepoint. Proses screen casting bermula dan dimasukkan juga video nyanyian lagu Bahasa Arab bagi menjadikannya lebih menarik. Akhirnya, kami berjaya memuatnaik video yang dihasilkan ke youtube dan mendapat komen yang positif dan daripada penonton.
Penggunaan screencast ini memberikan banyak manfaat :
1. Proses pembelajaran dapat disampaikan secara kendiri, menarik dan mudah difahami. Ia boleh dilakukan mengikut gaya dan tahap kelajuan pembelajaran pelajar tanpa perlu bergantung kepada masa yang diberikan semasa sesi perkuliahan.
2. Aplikasi ini merangkumi dua kaedah yang sangat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran iaitu audio dan visual. Pelajar dapat melihat ejaan dan sebutan yang betul bagi perkataan-perkataan tersebut.
3. Memudahkan proses pengajaran guru kerana tidak perlu mengulang topik yang sama bagi kelas yang berlainan. Guru hanya menayangkan video ini untuk didengari dan difahami oleh pelajar. Tiada proses pelaksanaan yang tertinggal kerana screencast dapat memaparkan keseluruhan proses pelaksanaan dari mula hingga akhir. Kemudian, proses soal jawab dan pentaksiran boleh terus dijalankan kepada pelajar. Dengan ini, masa juga dapat dijimatkan.
Penayangan SCREENCAST di dalam kelas saya yang lepas
Penggunaan persembahan ini dilihat mampu memberikan impak yang optimum dalam memberikan kefahaman kepada para pelajar.
Semoga dapat memudahkan kalian semua!

